Thursday, June 11, 2009

CUTI SEKOLAH DI MALAYA

dah nak masuk 3 minggu aku bercuti...seronok x terkira apabila aku dapat berjumpa kembali kawan2 aku yang telah lama menyepi..bermacam2 program telah kami lalui...dari pergi kenduri kawen.. berkaraoke...makan-makan..main futsal....macam-macam ada...macam x caya je aku dapat berkumpul dengan kawan-kawan aku... terutama ex-f2.4 Uthman...arip gemuk..nuar besi dan dolah kering...rindu masa duk sesama kat bilik dulu...4 tahun maa...

Segala kenangan bersama u all kenangan terindah...

Tapi ada satu cerita lawak yang aku nak kongsi semasa aku bercuti di Taman Melati...ada mamay yang bernama SHAHRUL sorang ni aku x phm la ....die pun cuti memanjang...ntah bile g keje pun aku x tau....asek-asek mc je...hahahahaha....rindu kat kengkawan la tu....

HAHAHAHAHAHA

aku berharap aku dapat jumpa u all lagi lepas ni......

Sunday, March 15, 2009

AWAS ! Kepada Penggemar Nasi Lemak dan Teh Tarik

NASI LEMAK secara tidak rasminya sudah menjadi hidangan wajib bagi orang Melayu.Tiada yang boleh mengatasi keenakan nasi putih yang wangi baunya, dimasak dengan santan kelapa dan dibungkus dalam daun pisang serta diperlazatkan lagi dengan sambal ikan bilis, kacang goreng, telur dan timun yang menyelerakan.

Nasi Lemak Teh Tarik
Setelah itu ia disudahi dengan tegukan segelas teh tarik – teh yang manis bersusu. Teh tarik juga secara kebetulan menjadi minuman tidak rasmi bagi rakyat Malaysia. Tetapi malangnya, mengambil nasi lemak dan teh tarik untuk sarapan pagi setiap hari bukan suatu pilihan yang terbaik dari segi kesihatan. Bacalah seterusnya…

Apa yang terjadi kepada nasi putih dalam badan kita? Sebaik sahaja ia dimakan, nasi putih akan ditukarkan menjadi glukosa dan akan diserap dengan cepatnya ke saluran darah. Sebarang peningkatan gula darah akan memberi isyarat kepada pankreas untuk mengeluar dan melepaskan insulin. Hormon ini akan mengarahkan sel-sel untuk mengusap glukosa. Tanpa insulin, glukosa akan hanyut terapung-apung di sekitar aliran darah, tidak dapat memasuki ke dalam sel-sel yang memerlukannya. Diabetes akan muncul apabila badan tidak dapat mengeluarkan insulin dengan cukup atau tidak dapat menggunakannya dengan baik.

Nasi putih mengandungi apa yang dikenali sebagai Indeks Glisemik (GI) yang tinggi. Ini bermakna ia akan menyebabkan peningkatan paras gula darah dan insulin secara berlanjutan. Karbohidrat yang tidak begitu mudah dihadamkan akan menyebabkan peningkatan gula darah dan insulin yang lebih rendah dan lebih perlahan. Dengan itu, ia memberi kurang tekanan terhadap jentera pembuat insulin dalam badan kita serta membantu mencegah diabetes jenis 2. Makanan-makanan seperti ini dikatakan mempunyai Indeks Glisemik yang rendah. Contohnya termasuklah gandum asli lengkap, beras perang, lain-lain jenis bijirin yang lengkap, dan kebanyakan kacang dan kekacang.

Sel-sel kita bergantung kepada satu gula tunggal ringkas iaitu glukosa, yang sebahagian besar diperlukan oleh sel-sel berkenaan untuk membina tenaga. Badan kita mempunyai mekanisme yang rumit untuk memastikan paras glukosa dalam aliran darah tidak menurun terlampau rendah atau melambung naik terlampau tinggi. Glukosa datangnya daripada pencernaan sukrosa (gula biasa) dan juga daripada karbohidrat seperti nasi, roti, ubi kentang, roti canai, dan lain-lain.

Jenis-jenis diabetes :

Satu bentuk diabetes akan berlaku apabila sistem imun menyerang dan melumpuhkan buat selama-lamanya sel-sel pembuat insulin dalam pankreas...Ini dikenali sebagai diabetes 'jenis 1' yang pada suatu ketika dahulu dikenali sebagai permulaan juvana (juvenile onset) ataupun diabetes bergantung insulin.

Satu bentuk lagi, iaitu dari jenis yang suka menjalar dalam badan manusia, dan ia mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang menjadi penyakit diabetes sepenuhnya. Ia bermula apabila otot dan sel-sel lain berhenti memberi tindak balas terhadap isyarat buka pintu untuk glukosa yang diberikan oleh insulin. Badan bertindak balas dengan membuat lebih banyak lagi insulin, sebenarnya ia cuba menggasak dan memaksa gula darah ke dalam sel-sel. Akhirnya, sel-sel pembuat insulin menjadi lemah dan mengalami kegagalan. Ini dikenali sebagai diabetes 'jenis 2' dan dihidapi oleh 90% pesakit diabetes dunia. Setiap 10 saat, seorang mati akibat punca yang berkait diabetes dan ianya penyakit penyebab kematian yang keempat tertinggi di dunia.

Mereka yang menghidapi pradiabetes mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi daripada normal tetapi tidak cukup tinggi untuk disahkan sebagai pesakit diabetes sepenuhnya. Penghidap pradiabetes mempunyai paras glukosa 6.1 hingga kurang daripada 7mmol/l. Pada paras ini ia mengisyaratkan wujud risiko tinggi untuk menghidapi diabetes Jenis 2 dalam masa 10 tahun yang berikutnya.

Sama ada pradiabetes akan berkembang menjadi diabetes jenis 2 sepenuhnya, sebahagian besarnya bergantung kepada individu itu sendiri yang seharusnya mengambil perhatian terhadap berat badan dan kegiatan senaman. Cara pemakanan bukan sahaja dapat mencegah pradiabetes daripada menjadi diabetes, tetapi juga dapat mengembalikan semula paras glukosa darah ke julat yang normal. Hakikatnya, komplikasi berpunca diabetes seperti penyakit arteri koronari dan penyakit vaskular periferi, strok, neuropati diabetes, amputasi, kegagalan ginjal dan buta kini kian meningkat.

Langkah-langkah pemantauan yang mudah:

Dengan melakukan beberapa perubahan boleh mengurangkan secara mendadak kemungkinan untuk menghidapi diabetes jenis 2.
Contoh-contohnya termasuklah:

1. Kawal berat badan anda. Berat badan berlebihan merupakan satu penyebab yang paling penting bagi diabetes jenis 2.
Mempunyai berat badan berlebihan akan meningkatkan tujuh kali ganda kemungkinan untuk menghidapi diabetes jenis 2...
Berbadan gemuk akan membuatkan anda 20 hingga 40 kali lebih berkemungkinan untuk menghidapi diabetes berbanding dengan mempunyai berat badan yang ideal dan sihat.
Mengurangkan berat badan boleh membantu sekiranya berat badan anda berada di atas paras berat badan yang sihat.
Mengurangkan 7 hingga 10 peratus daripada berat badan anda sekarang dapat menurunkan separuh kemungkinan untuk anda menghidapi diabetes jenis 2.
Bertindak sekarang. Ketidakaktifan menggalakkan diabetes jenis 2.
Bagi setiap dua jam anda duduk menonton TV selain daripada melakukan kegiatan aktif lain, akan meningkatkan kemungkinan untuk menghidapi diabetes sebanyak 14 peratus...

2. Menggiatkan otot-otot anda dengan kerap dan membuatkannya bekerja lebih keras akan meningkatkan keupayaannya untuk menggunakan insulin dan menyerap glukosa. Ini akan mengurangkan tekanan ke atas sel-sel pembuat insulin anda.

3. Perbaiki cara pemakanan anda. Perubahan terhadap cara pemakanan boleh mendatangkan kesan yang besar terhadap risiko diabetes jenis 2..
Pilihlah produk yang berbijirin lengkap berbanding karbohidrat yang diproses seperti nasi putih, roti putih, roti canai, kuih-muih, dan lain-lain.
Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Lagi banyak warna lagi baik.

4. Kurangkan pengambilan gula yang bertapis (gula putih). Apabila minum teh tarik, minta kurangkan gula atau kurangkan minum teh tarik.

5. Suplemen-suplemen nutrisi. Membekalkan pesakit diabetes dan pradiabetes dengan nutrien-nutrien penting terbukti dapat memperbaiki pengawalan gula di samping mencegah atau mengurangkan perkembangan komplikasi-komplikasi diabetes.

DIABETES dan HASIL PENYELIDIKAN KOLOSTRUM
Ketua Saintis ICR

Pada hujung November 2008 lepas, ketua saintis terkemuka Mr Michail Borrisenko telah berkunjung ke Malaysia sempena siri lawatan beliau. Merupakan nama besar serta pakar dalam penyelidikan sains pemakanan yang didatangkan khas dari Institute of Colostrum Research (ICR) New Zealand. Sila lawati www.colostrumresearch.org

Dalam pembentangan hasil penyelidikan beliau mengenai sains kolostrum di Hotel Armada PJ baru-baru ini, beliau MENGESAHKAN bahawa kolostrum (Alphalipid) telah TERBUKTI BERKESAN terhadap DIABETES. Bukan itu sahaja, ianya turut juga amat berkesan menangani masalah GOUT (athritis). Apa yang lebih mengejutkan lagi, ianya telah terbukti secara klinikal berkesan menentang kulat (yis), bakteria malahan virus berbanding antibiotik yang hanya menentang bakteria.

" Semoga artikel ini dapat memberi manafa'at dan informasi berguna kepada semua kawan-kawan dan ahli keluarga di atas nama sumbangan ilmu. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang menyampaikannya meskipun dia sudah mati..
Harap dapat FORWARD kan artikel ini kepada teman-teman dan insan tersayang yang anda kasihi sebagai satu amalan kebajikan ikhlas dari anda untuk mereka semua."

Saturday, March 14, 2009

renungkan lah

Sebelum tidur, maafkan semua
orang tak kira siapa ~ InsyaAllah,Allah lipat
gandakan rezeki. Sebelum tidur, berdoa, depends on apa
yg kita hendak sepanjang tidur,otak akan generatekan
all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards
it (ada semangat) di keesokan harinya.

Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut
Sunnah &dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar
pemakanan,vit C dari buah2an yg dimakan selepas
breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah
approaching 0%.Jangan minum air semasa sedang makan
(breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30
minit selepa makan.Untuk minum, bagi teguk yg pertama
sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru
telan.Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus sbb
air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm
pankreas,perut, & so on yg akan dibawa oleh air
tegukan pertama.


Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah
(Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan
saja ie masa maghrib), sbb,bagi yg tgh study (or
anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb
ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan at 8:30pm,
around 10:30pm baru start study and most probably
hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam
saja,jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding
kalau makan pukul 6:30(org Cina take dinner around
this hour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg
mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

Tatacara di bilik air
Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~
boleh elak drpd dapat batu karang Semasa buang air
besar,mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sbb bila
mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang
buang air besar

Tatacara didik anak
Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak
(atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg
terletak sblh kiri)akan lebih"lapang"/"lega" dan mudah
berdegup (erjalanan darah okay) and otak anak akan
develop excellently.Bagi anak2 yg dah azalinya active
or hyper-active, kurang(or jgn) pakaikan baju warna
orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara
actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal),
sentiasa bersemangat waja & exuberant.

Tatacara didik diri sendiri
Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+
plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sst
amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously,
akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.
Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg -ve
~emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive
adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa
kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat nampak
tua(tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc

Ada 3 kategori manusia :-
BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi
apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"

Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.
Usia Dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya,
terlalu!
So, it's good if we can remind each other because in
Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that
all those who listen to him (on that day) shall pass
on his words to others, and those to others again; and
may the last ones understand his words better that
those who listen to him directly...Yang baik datang
dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses. Do
impart this knowledge & you'll lose nothing.

Puisi Kawen....

Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan
Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia
Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)
Bila nak kawin???
Aduuuhh...aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata
(aku ambil tunang @ suami kau, baru padan muka)
Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa...haa... haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyy y)
Bila nak kawin???
Aaahhh....sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.
Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.
Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada