Thursday, June 12, 2008

Jenis-Jenis Cinta Remaja

Cinta Berahi

v Rasa cinta begini dirangsang oleh kebangkitan fisiologikal yang mencetuskan rasa berahi. Rasa berdebar, resah, gelisah, fikiran tidak keruan adalah sebahagian daripada kesan reaksi cinta berahi. Kesan rasa berahi membangkitkan tenaga seksual boleh mendorong remaja untuk meredakan keberahian dalam diri yang dirasai pada remaja yang tidak atau kurang berupaya meredakan kesan rasa berahi kemungkinan besar remaja akan melancap, membaca majalah, menonton video lucah dan seumpamanya.
v Rasa berahi yang meluap-luap di dalam diri akan reda bila keinginan berahi atau nafsu dipenuhi. Oleh itu, cinta berahi tidak kekal lama. Malah ada yang hanya mampu bertahan kurang dari 24 jam.

Cinta Kosong

v Dengan hanya melafazkan kata cinta tanpa memperlihatkan tanda-tanda komitmen, pengorbanan dan keintiman, cinta begini hanya berlegar di luar diri. Ia disebut hanya dibibir. Cinta kosong tidak menyentuh rasa dalam diri-fikiran, emosi dan tindakan.
v Cinta sebegini hambar lagi kurang meriah. Ia berlaku dalam jangkamasa yang singkat. Ketiadaan arah, hala tujuan antara kedua-dua pihak atau hanya salah seorang sahaja menaruh harapan tidak akan membawa jalinan perhubungan interpersonal cinta yang berkekalan.

Cinta Pandang Pertama

v Cinta ini terdorong hasil dari kesan impresi pandangan pertama yang membangkitkan rasa seronok yang tidak terhingga. Kesan pandang pertama menggoda hati. Di fikiran terbayang-bayang imej kesan pandang pertama pada individu yang menjadi sasaran cinta.
v Cinta pandang pertama hasil dari kesan visual spontan ini berlaku dalam keadaan yang tidak disangka. Cinta pandang pertama disusuli dengan tindakan untuk menjalinkan perhubungan.
v Cinta sebegini kemungkinan terbiar tanpa reaksi dari individu yang menjadi sasaran cintanya walaupun pelbagai usaha dilakukan.

Cinta Suci Murni

v Cinta suci lagi murni lahir dari rasa tulus lagi ikhlas. Cinta suci tidak dapat dibina dalam jangka masa pendek. Selalunya cinta suci atau cinta murni berlaku bila ikatan perhubungan berkekalan dalam satu jangka masa yang lama.
v Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan untuk menikmati cinta suci. Keinginan untuk terus bersama dengan pasangan adalah milik diri yang unggul. Melalui cinta suci lagi murni kedua-dua pasangan berusaha untuk terus bersama tanpa rasa untuk memilih, mencari orang lain sebagai pengganti.

Cinta Permainan

v Cinta menjadi alat untuk melihat kebolehan diri memikat dan menakluk individu lain. Rasa cinta yang ditunjukkan begitu hebar dan bersemarak. Tetapi ia hanya dirasai oleh satu pihak sahaja. Di sini cinta menjadi suatu bentuk permainan yang harus dimenangi.
v Ia akan cuba sedaya upaya untuk tidak tewas dalam permainan cintanya dan berusaha untuk turus menawan minda, emosi dan tingkah laku pasangan.
v Kemenangan menawan cinta pasangan merupakan ganjaran psikologikal yang dibanggakan. Justeru, cinta dijadikan sebagai alat untuk mengukur kehebatan dan kebolehan diri.
v Bila permainan cinta ini berjaya dilakukan, individu yang ditawan sepenuhnya akan dibiarkan sendirian. Tentunya dalam keadaan yang kecewa dan tertanya-tanya mengapa ia ditinggalkan.

Cinta Bodoh


v Cinta jenis ini banyak mengikut runtuhan nafsu ghairah. Pemilihan pasangan tidak atau akurang menggunakan kebijaksanaan akal fikiran dan kewarasan minda.
v Cinta sebegini menyerahkan segala yang ada pada diri sama ada dalam bentuk material dan/atau psikologikal semata-mata untuk mendapatkan perhatian, pengiktirafan dan sentiasa ingin terus bersama dengan pasangan.
v Harga diri, maruah diri berkemungkinan tergadai melalui tingkah laku cinta bodoh. Pasangan tidak menunjukkan keintiman perhubungan yang ikhlas, tulus, lagi suci murni.

Cinta Monyet

v Cinta monyet lebih mementingkan keseronokan. Cinta jenis ini bersifat percubaan. Cinta monyet disangka sebagai suatu bentuk tingkah laku yang melambangkan ciri-ciri kedewasaan, kematangan di kalangan remaja. Ganjaran psikologikal yang diterima bila rakan-rakan sebaya mengiktiraf jalinan perhubungan cinta yang dibuat.

3 comments:

Sayap Malam said...

oi..pakar cinta ke ni

lieya said...

abg..kite cnta yg mane 1??

lieya said...

Bibir manusia terlalu mudah melafazkan cinta tapi dapatkah hatinya setia pada kita?…

Manusia tidak dapat lari dari bercinta kerana kehadiran cinta itu lazimnya tanpa diundang dan tanpa diharap. Hanya insan itu sahajalah yang dapat menilaikan adakah dirinya sudah bersedia menerima cinta itu atau tidak.

Cinta jangan sesekali dihampiri jika tidak sanggup menanggung risikonya. Cinta sememangnya indah kerana kita hidup dalam khayalan. Cinta sememangnya unik kerana kita asyik diulit mimpi yang indah-indah belaka. Apabila perpisahan mendatang barulah kita tersentak dari lamunan. Kemudian kita akan sedari cinta hanyalah permainan nafsu yang membawa kesengsaraan dan penderitaan yang amat menyeksakan.

Meskipun kesalahan atau kesilapan itu boleh dimaafkan tetapi janganlah berbicara sampai menyakiti dan menyinggung hati orang lain kerana kemaafan itu bukanlah pengubat hati yang terluka kerana hati yang terluka itu tetap akan terluka.

Biarlah kita menguasai cinta, jika gagal bererti kita masih berupaya melawan perasaan kecewa sekalipun teramat pedih, luka dan sengsara.